Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Perkongsian Semula ke-2

Assalam dan selamat sejahtera, Seperti semua sedia maklum, hari ni akan kongsi posting lain yang mana turut diciduk daripada Facebook   cikgu ya. Hahaha... semoga bermanfaat. KONGSI ILMU : MOTION SICKNESS A.K.A MABUK KENDERAAN Waktu budak-budak dulu aku mudah sangat dapat motion sickness atau mabuk bila naik kereta. Tapi makin tua ni Alhamdulillah kurang dah, tapi kadang tu dok rasa jugak. 😅 Apa sebenarnya buatkan kita dapat motion sickness atau mabuk ketika menaiki kenderaan ni? Hmmm.... Motion sickness atau dikenali sebagai mabuk atau mual-mual yang biasanya akan dirasai sesetengah orang ketika berada di dalam kenderaan yang sedang bergerak sama ada kereta, bas, kereta api dan juga kenderaan air seperti feri dan bot. Ada juga akan mengalaminya jika membaca di dalam kenderaan, menaiki roller coaster dan juga menaiki kapal terbang Biasanya individu yang mengalami motion sickness akan sentiasa mempunyai sensasi seperti ingin muntah dan juga mual-mual ...

Perkongsian Semula

Assalam dan selamat sejahtera semua, Oleh kerana blog ini sudah terbengkalai buat sekian lama, rasanya sudah boleh mula post content lah kan. Posting ini pon ciduk idea lama dari Facebook , dah lama dah... Ogos 2018 post . Semoga bermanfaat KONGSI ILMU : BUSUK GETAH BEKU, SI KECIL DENGAN KESAN YANG DAHSYAT (Part 1) PERINGATAN : Posting ini adalah sangat panjang. Mohon baca sehari tiga perenggang sahaja supaya tidak menjadi kurang siuman setelah habis membaca akibat daripada bahasa-bahasa alien dan juga typo yang aku yakin bersepah. Anda telah diberi AMARAN. Proceed if you really sure. TK 😊😁 Assalam... Few days back aku tolong abah mengutip getah beku a.k.a skrap atau sekerap. Sesetengah kawasan memanggilnya getah lantun, selatan semenanjung kalau tak salah. Jadi dalam semangat yang berkobar-kobar menarik getah dalam bekasnya yang Masyaallah degil (Dia tak mau keluaq weh) dan hidung yang bersungguh melawan bau masam yang menyesakkanlagi menyeksakan, kepala hotak kelua...