Catatan

Hidup Kembali

 Nama post kali ni bunyi lain daripada yang lain tapi sebenarnya itu yang berlaku. Setelah tak pasti berapa tahun tak menjenguk ke blog ni akhir terdetik untuk buka semula dan memang sangat lama ya. Tak salah last posting tahun 2019, hari ni sudah nak masuk bulan 6 2024.  Jauh sudah perjalanan aku sebenarnya kalau nak diikutkan. Kalau posting pertama blog ni aku ada cakap aku akan menjadi bakal guru. Alhamdulillah, aturan yang Maha Kuasa, pada detik dan saat ini aku sudah menjadi seorang guru. Walaupun hanyalah baru 2 bulan sahaja mendapat gelaran cikgu yang disebut-sebut oleh murid-murid sekolah aku.  Terlalu banyak perasaan yang aku rasakan saat mendapat tawaran menjawat jawatan ini. Apatah lagi tempat aku dipostingkan pun sangatlah dengan dengan kampung halaman. Hanya 40 minit daripada kampung sendiri. Teruja, gembira dan bersyukur. Walaupun mendapat tawaran penempatan lebih lewat beberapa bulan daripada rakan-rakan yang lain, tetapi Allah Maha Adil. Mungkin asbab dapa...

Kesan Hormon Gibberellin (GA) kepada Pertumbuhan Pokok

Imej
Oleh kerana minggu ini adalah latihan amali bagi kelas fisiologi tumbuhan, jadi saya dan rakan-rakan telah diberikan tugasan amali yang iaitu melihat kesan hormon GA kepada pertumbuhan tumbuhan. Amali ini mengambil masa 4 minggu untuk dilakukan pemerhatian keatas kesan hormon tersebut dan pemerhatian perlu dijalankan setiap 3-4 hari.  Oleh kerana tadi tidak berkesempatan untuk ambil gambar, nanti kita update gambar yang sudah siap sahaja lah ya. Sebelum kita pergi lebih mendalam berkenaan eksperimen, elok kalau kita sama-sama berlajar tentang hormon GA ini. Tumbuhan sama seperti manusia mempunyai pelbagai jenis hormon yang membantu mereka untuk terus hidup. Setiap hormon akan mempunyai fungsi, peranan dan tugasnya yang tersendiri dalam memastikan kelangsungan sesuatu tumbuhan itu. Berikut adalah 5 jenis hormon yang memainkan peranan yang major di dalam tumbuhan selain hormon-hormon lain yang turut sama ...

Perkongsian Semula ke-2

Assalam dan selamat sejahtera, Seperti semua sedia maklum, hari ni akan kongsi posting lain yang mana turut diciduk daripada Facebook   cikgu ya. Hahaha... semoga bermanfaat. KONGSI ILMU : MOTION SICKNESS A.K.A MABUK KENDERAAN Waktu budak-budak dulu aku mudah sangat dapat motion sickness atau mabuk bila naik kereta. Tapi makin tua ni Alhamdulillah kurang dah, tapi kadang tu dok rasa jugak. 😅 Apa sebenarnya buatkan kita dapat motion sickness atau mabuk ketika menaiki kenderaan ni? Hmmm.... Motion sickness atau dikenali sebagai mabuk atau mual-mual yang biasanya akan dirasai sesetengah orang ketika berada di dalam kenderaan yang sedang bergerak sama ada kereta, bas, kereta api dan juga kenderaan air seperti feri dan bot. Ada juga akan mengalaminya jika membaca di dalam kenderaan, menaiki roller coaster dan juga menaiki kapal terbang Biasanya individu yang mengalami motion sickness akan sentiasa mempunyai sensasi seperti ingin muntah dan juga mual-mual ...

Perkongsian Semula

Assalam dan selamat sejahtera semua, Oleh kerana blog ini sudah terbengkalai buat sekian lama, rasanya sudah boleh mula post content lah kan. Posting ini pon ciduk idea lama dari Facebook , dah lama dah... Ogos 2018 post . Semoga bermanfaat KONGSI ILMU : BUSUK GETAH BEKU, SI KECIL DENGAN KESAN YANG DAHSYAT (Part 1) PERINGATAN : Posting ini adalah sangat panjang. Mohon baca sehari tiga perenggang sahaja supaya tidak menjadi kurang siuman setelah habis membaca akibat daripada bahasa-bahasa alien dan juga typo yang aku yakin bersepah. Anda telah diberi AMARAN. Proceed if you really sure. TK 😊😁 Assalam... Few days back aku tolong abah mengutip getah beku a.k.a skrap atau sekerap. Sesetengah kawasan memanggilnya getah lantun, selatan semenanjung kalau tak salah. Jadi dalam semangat yang berkobar-kobar menarik getah dalam bekasnya yang Masyaallah degil (Dia tak mau keluaq weh) dan hidung yang bersungguh melawan bau masam yang menyesakkanlagi menyeksakan, kepala hotak kelua...

Salam kenal buat semua.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Ini akan menjadi kali pertama saya akan berkongsi semua ilmu yang saya peroleh, Insyallah sepanjang pengalaman saya di dalam perjalanan menjadi seorang pendidik suatu hari nanti. To be honest, saya terasa teruja dalam menulis blog ini dan semoga segala coretan dan perkongsian yang bakal dipaparkan nanti dapat memberi manfaat dan maklumat berguna kepada anda semua tidak kira rakan-rakan, guru-guru dan juga para pelajar.  Bismillah, semoga segalanya berjalan sempurna dan diberkati oleh-Nya.