Perkongsian Semula

Assalam dan selamat sejahtera semua,

Oleh kerana blog ini sudah terbengkalai buat sekian lama, rasanya sudah boleh mula post content lah kan.

Posting ini pon ciduk idea lama dari Facebook, dah lama dah... Ogos 2018 post. Semoga bermanfaat


KONGSI ILMU : BUSUK GETAH BEKU, SI KECIL DENGAN KESAN YANG DAHSYAT (Part 1)

PERINGATAN : Posting ini adalah sangat panjang. Mohon baca sehari tiga perenggang sahaja supaya tidak menjadi kurang siuman setelah habis membaca akibat daripada bahasa-bahasa alien dan juga typo yang aku yakin bersepah. Anda telah diberi AMARAN. Proceed if you really sure. TK 😊😁

Assalam... Few days back aku tolong abah mengutip getah beku a.k.a skrap atau sekerap. Sesetengah kawasan memanggilnya getah lantun, selatan semenanjung kalau tak salah.

Jadi dalam semangat yang berkobar-kobar menarik getah dalam bekasnya yang Masyaallah degil (Dia tak mau keluaq weh) dan hidung yang bersungguh melawan bau masam yang menyesakkanlagi menyeksakan, kepala hotak keluar satu soalan. Waktu macam ni kadang "dia" bijak, tapi kalau nak jawab exam tak mau pulak keluaq idea bernas... Hmmm...

The question is...

"KENAPA SKRAP NI BUSUK SANGAT WEH APA MASALAH DIA, DAH LA LIAT DOK MELEKAT DEKAT POT SKRAP.... URRGHHHH... "

Yup, that's exactly what was going on in my head.

Kemudian aku tetap teruskan mengutip sehinggalah habis di kawasan yang ditugaskan. Balik dari kebun, mula-mula operasi membuang bau masam skrap yang bau dia boleh lekat dekat tangan sampai tiga hari weh, serious talk.

Malangnya gagal. Bau tu still ada. Bubuhlah sabun satu tan pun. Sama saja. Nasiblah pakai sarung tangan. Kalau bare hand macam abah aku rasa sebulan dok bau lagi (kay ni aku mohong).

Berbekalkan curiosity yang tinggi dan ilmu sejemput beserta tangan yang masih masam dan kepam, aku Google harldy to find why does the skrap so masam... Urgh...

After like an hour reading and searching and finding and thinking. Finally aku tahu kenapa dan disebabkan ketahuan aku terhadapnya menyebabkan aku menulis posting yang panjang lebar ni. Sekadar berkongsi ilmu yang dapat. 😊

Lagipun, ilmu bermanfaat pahala tak putus...

Untuk tahu kenapa... Baca dalam next post ea... Yang ni aku merapu ja. Lambat sikit sebab next post lots of terma saintifik. Give me like a month... Hahahaha...

Aku cuba related dengan apa yang aku tau, belajar dan baca dalam bahasa yang semua orang faham.

Stay tuned.... Haaa mampu, macam drama bersiri pukul 7. Gagagagaga...

#SyazaniKongsiIlmu
#MatSkemaBerbicara



KONGSI ILMU : BUSUK GETAH BEKU, SI KECIL DENGAN KESAN YANG DAHSYAT (Part 2)

Assalam... Jadi this would be sambungan posting yang lepas berkisarkan berkenaan satu soalan.

"Kenapa skrap busuk, dimanakah rasionalnya"

Haaa... Macam Awani. Hahaha...

Okay now serious talk.

Untuk lebih faham, kita akan sentuh beberapa perkara penting dalam perkongsian ini iaitu :

1. Kehadiran mikroorganisme : Kesan dan akibat.
2. ‎Kandungan susu getah : Sumber makanan utama.
3. ‎Pembekuan getah : Perkaitan Asid dan bes (Alkali)
4. ‎Bahan yang menghasilkan bau : Persamaannya dengan kentut. 😱

Pokok getah atau nama glamournya dekat negara omputeh ialah Hevea brasiliensis adalah daripada keluarga Euphorbiaceae. Rasanya semua orang tahu yang pokok ni berasal daripada sebuah negara di benua Amerika Selatan iaitu Brazil. Kalau tak tahu jugak maknanya kau tak ambik sejarah kot... Hahaha....

Enough pasal tu, move on...

Jadi, apabila ditoreh (Ada teknik dia kay, bukan main toreh jeh) pada bahagian kulitnya kedalaman lebih kurang 5 cm, cecair putih pekat akan mengalir pada bahagian torehan tersebut. Cecair ini a.k.a susu getah.

Susu getah yang baru ditoreh mengandungi (mainly) polimer, scientifically is poly‐(cis‐1, 4‐isoprene) dan juga bahan-bahan lain seperti protein, karbohidrat, lipid (lemak), bahan-bahan organik, bahan tidak organik dan juga air. Keep in mind sebab ada bahan yang menjadi key point kenapa getah beku berbau masam lagi kepam. Hehehe...

Lelehan susu getah ini kemudian dikumpul dalam pot yang diikat dengan dawai besi pada batang pokok. Settle pasal apa yang ada dalam susu getah. Briefly lah, nak tau detail hangpa Google sendiri....

Jadi, sebelum masuk part busuk tu mai mana. Kita cerita dulu macam mana susu getah ni boleh beku jadi skrap. Lek lek lu... Satu-satu kita habaq noh...

Okay, nak bagi hang pa semua senang faham lagi, susu getah memerlukan keadaan berasid untuk polimer-polimer susu getah ni bergumpal dan bergabung antara satu sama lain dan seterusnya membeku. Haaa takat tu dulu noh... Kalau sembang macam mana asid buat susu getah beku nanti aku pulak pening nak cerita. 😅

And that's why orang guna cuka getah untuk bekukan susu getah sebab cuka getah is an acid. Guess what we need to make sure the latex stay in liquid form? Yes correct! Base or alkaline substances 😁

Next ialah mikroorganisme atau bacteria yang dijumpai pada susu getah. Hasil pembacaan drastik yang aku buat, dianggarkan lebih kurang 100 spesis daripada 12 keluarga mikroorganisme yang ada. Kebanyakkan mikroorganisme ini adalah spesis yang biasa dijumpai pada tahan dan air di sekeliling kita. Antara genera (Apa tu genera? Simple answer... Google! Hehehe...) yang dijumpai adalah seperti Bacillus, Lactococcus, Enterobacter, Serratia, Streptomyces dan Micrococcus. Antara semua jenis mikroorganisme ni, ada yang dikategorikan sebagai pengeluar asid dan ada yang boleh bertindak sebagai penapai karbohidrat (carbohydrates fermenters)

Done pasal kandungan susu getah, macam mana susu getah membeku dan bacteria yang biasa dijumpa dalam susu getah. Masalahnya kan... Apa kaitan semua ni dengan bau "wangi" skrap. Okay... Lek lek... After this kita explain...

Okay macam ni... Dalam keadaan natural,susu getah akan dikumpul dalam pot yang ada. Susu getah yang baru ditoreh mempunyai nilai pH yang lebih rendah sekitar 6.5 ke 5.2. Kemudian, nilai pH meningkat sehingga pH 8 hingga 9. Peningkatan pH ini adalah disebabkan oleh aktiviti mikroorganisme yang ada di dalam susu getah.

Mikroorganisme yang ada akan consume semua sumber makanan yang ada seperti karbohidrat tadi untuk menghasilkan tenaga bagi kegunaannya seperti membiak dan membesar. Sepanjang "mereka" menggunakan sumber makanan yang ada mereka akan menghasilkan produk sampingan atau bahan buangan seperti bahan berasid tadi dan juga bahan utama yang menyebabkan bau sangatlah kurang menyenangkan iaitu ammonia. Penghasilan ammonia adalah hasil daripada aktiviti penguraian bakteria terhadap protein yang ada di dalam susu getah.

Ammonia juga salah satu bahan yang ada di dalam kentut hang pa semua selain sulfur yang menjadikan kentut hang pa terutamanya tersangatlah busuk. Hahaha...

Produk berasid yang terhasil daripada aktiviti mikroorganisme menjadikan susu getah tadi membeku dan ammonia pula menyebabkan bau pada skrap tadi.

Haaa... Ada faham... Sekian... 😅

#SyazaniKongsiIlmu
#MatSkemaBerbicara

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kesan Hormon Gibberellin (GA) kepada Pertumbuhan Pokok

Perkongsian Semula ke-2