Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2024

Hidup Kembali

 Nama post kali ni bunyi lain daripada yang lain tapi sebenarnya itu yang berlaku. Setelah tak pasti berapa tahun tak menjenguk ke blog ni akhir terdetik untuk buka semula dan memang sangat lama ya. Tak salah last posting tahun 2019, hari ni sudah nak masuk bulan 6 2024.  Jauh sudah perjalanan aku sebenarnya kalau nak diikutkan. Kalau posting pertama blog ni aku ada cakap aku akan menjadi bakal guru. Alhamdulillah, aturan yang Maha Kuasa, pada detik dan saat ini aku sudah menjadi seorang guru. Walaupun hanyalah baru 2 bulan sahaja mendapat gelaran cikgu yang disebut-sebut oleh murid-murid sekolah aku.  Terlalu banyak perasaan yang aku rasakan saat mendapat tawaran menjawat jawatan ini. Apatah lagi tempat aku dipostingkan pun sangatlah dengan dengan kampung halaman. Hanya 40 minit daripada kampung sendiri. Teruja, gembira dan bersyukur. Walaupun mendapat tawaran penempatan lebih lewat beberapa bulan daripada rakan-rakan yang lain, tetapi Allah Maha Adil. Mungkin asbab dapa...

Kesan Hormon Gibberellin (GA) kepada Pertumbuhan Pokok

Imej
Oleh kerana minggu ini adalah latihan amali bagi kelas fisiologi tumbuhan, jadi saya dan rakan-rakan telah diberikan tugasan amali yang iaitu melihat kesan hormon GA kepada pertumbuhan tumbuhan. Amali ini mengambil masa 4 minggu untuk dilakukan pemerhatian keatas kesan hormon tersebut dan pemerhatian perlu dijalankan setiap 3-4 hari.  Oleh kerana tadi tidak berkesempatan untuk ambil gambar, nanti kita update gambar yang sudah siap sahaja lah ya. Sebelum kita pergi lebih mendalam berkenaan eksperimen, elok kalau kita sama-sama berlajar tentang hormon GA ini. Tumbuhan sama seperti manusia mempunyai pelbagai jenis hormon yang membantu mereka untuk terus hidup. Setiap hormon akan mempunyai fungsi, peranan dan tugasnya yang tersendiri dalam memastikan kelangsungan sesuatu tumbuhan itu. Berikut adalah 5 jenis hormon yang memainkan peranan yang major di dalam tumbuhan selain hormon-hormon lain yang turut sama ...