Hidup Kembali

 Nama post kali ni bunyi lain daripada yang lain tapi sebenarnya itu yang berlaku. Setelah tak pasti berapa tahun tak menjenguk ke blog ni akhir terdetik untuk buka semula dan memang sangat lama ya. Tak salah last posting tahun 2019, hari ni sudah nak masuk bulan 6 2024. 

Jauh sudah perjalanan aku sebenarnya kalau nak diikutkan. Kalau posting pertama blog ni aku ada cakap aku akan menjadi bakal guru. Alhamdulillah, aturan yang Maha Kuasa, pada detik dan saat ini aku sudah menjadi seorang guru. Walaupun hanyalah baru 2 bulan sahaja mendapat gelaran cikgu yang disebut-sebut oleh murid-murid sekolah aku. 

Terlalu banyak perasaan yang aku rasakan saat mendapat tawaran menjawat jawatan ini. Apatah lagi tempat aku dipostingkan pun sangatlah dengan dengan kampung halaman. Hanya 40 minit daripada kampung sendiri. Teruja, gembira dan bersyukur. Walaupun mendapat tawaran penempatan lebih lewat beberapa bulan daripada rakan-rakan yang lain, tetapi Allah Maha Adil. Mungkin asbab dapat lewat tu juga aku dapat posting dalam negeri sendiri dan hanyalah daerah bersebelahan dengan kampung halaman. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengaturkan semuanya. 

Posting kali ni sangatlah rawak sebabnya aku hanya buka semual blog ni dan entah kenapa rasa nak sambung balik usaha yang terbantut satu ketika dahulu. Insyallah, semoga Allah mudahkan usaha aku ni. Berkongsi bukan sekadar merakamkan kenangan, tetapi siapa tahu dapat membantu sesiapa sahaja yang sudi membacanya. Maaf buat guru Bahasa Malayu sebab penggunaan kata dan tatabahasa yang salah sepanjang posting ini dan posting-posting akan datang.

Kiranya sampai sini dulu.


Cikgu Syazani

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perkongsian Semula

Kesan Hormon Gibberellin (GA) kepada Pertumbuhan Pokok

Perkongsian Semula ke-2