Kesan Hormon Gibberellin (GA) kepada Pertumbuhan Pokok


Oleh kerana minggu ini adalah latihan amali bagi kelas fisiologi tumbuhan, jadi saya dan rakan-rakan telah diberikan tugasan amali yang iaitu melihat kesan hormon GA kepada pertumbuhan tumbuhan. Amali ini mengambil masa 4 minggu untuk dilakukan pemerhatian keatas kesan hormon tersebut dan pemerhatian perlu dijalankan setiap 3-4 hari. 

Oleh kerana tadi tidak berkesempatan untuk ambil gambar, nanti kita update gambar yang sudah siap sahaja lah ya. Sebelum kita pergi lebih mendalam berkenaan eksperimen, elok kalau kita sama-sama berlajar tentang hormon GA ini.

Tumbuhan sama seperti manusia mempunyai pelbagai jenis hormon yang membantu mereka untuk terus hidup. Setiap hormon akan mempunyai fungsi, peranan dan tugasnya yang tersendiri dalam memastikan kelangsungan sesuatu tumbuhan itu. Berikut adalah 5 jenis hormon yang memainkan peranan yang major di dalam tumbuhan selain hormon-hormon lain yang turut sama penting kepada tumbuhan.

AUXIN
Hormon yang penting dalam stimulasi pertumbuhan pokok, pertumbuhan dan pemanjangan sel dan perkara paling umum dikaitkan dengan hormon ini adalah pembengkokkan pokok ke arah cahaya matahari.

GIBBERELLIN
Gibberellin mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dengan hormon auxin tetapi merupakan hormon yang berlainan. Hormon ini mempunyai peranan yang penting dalam beberapa peringkat pertumbuhan pokok. Hormon gibberellin mengalakkan pemanjang batang pokok.


CYTOKININ
Cytokinin merupakan hormon yang mengekalkan "keremajaan" pokok. Ini kerana hormon ini melambatkan proses penuaan sel yang seterusnya boleh menyebabkan kematian pada sel. Hormon ini juga terlibat dalam menyembuhkan pokok yang mungkin tercedera dengan bersama-sama hormon auxin.


ETHYLENE
Ethylene merupakan hormon yang sangat biasa dijumpai terutamanya kepada pokok yang berbuah kerana hormon ini membantu tumbuhan dalam mempercepatkan proses buah-buahan untuk masak. Keistimewaan tumbuhan ini adalah hormon ini mampu bergerak luar daripada tumbuhan itu sendiri dan kemudian meresap masuk semula kedalam tisu tumbuhan pada bahagian tumbuhan yang lain.

ABSCISIC ACID
Hormon ini dihasilkan oleh tumbuhan ketika kekurangan air atau pada musim kering atau kemarau. Hormon ini dihasilkan sebagai isyarat kepada tumbuhan tersebut bahawa sel-selnya kekurangan air. Hormon ini akan bergerak ke bahagian sel pengawal pada tumbuh dan memberikan isyarat bahawa tumbuhan tersebut kekurangan air dan kemudian menyebabkan sel pengawal akan menutup liang pada stoma bagi mengurangkan lebih banyak lagi air yang hilang daripada tumbuhan tersebut.

Related image
Sumber: Plant hormones are versatile chemical regulators of plant growth
Sekarang berbalik kepada hormon GA yang kita akan bincangkan secara lebih mendalam. Pada awalnya gibberellins atau umumnya dikenali sebagai gibberellic acid  telah ditemukan di Jepun telah menarik perhatian saintis barat pada 1950. Sejenis penyakit fungus yang turut dikenali sebagai anak pokok "bodoh", foolish seedling atau penyakit bakanae telah dikenal pasti oleh pesawah padi yang mana telah menyebabkan pokok-pokok padi di sana tumbuh dengan tinggi dan tidak mengeluarkan hasil. Ahli patologi telah menemukan bahawa simptom-simptom ini adalah disebabkan oleh bahan kimia yang telah dirembeskan oleh fungus Gibberella fujikuroi.

Sumber: Gibberella fujikuroi
Pokok padi yang mendapat penyakit ini akan berwarna hijau pucat, berbentuk spindle, nipis, 50% lebih tinggi daripada pokok yang sihat dan akan sterile iaitu tidak akan mengeluarkan hasil. Kurosawa yang menjumpai penyakit ini pada 1826 telah mendapati bahawa fungus tersebut juga telah menyebabkan kesan steril kepada benih padi yang belum dijangkiti. Yabuta, 1935 telah memberikan nama bahan aktif yang dihasilkan oleh fungi tersebut gibberellin, dan beliau juga telah menyediakan bahan tersebut dalam bentuk serbuk atau kristal pada tahun 1938.
Sumber: Gibberellin

Kajian terhadap gibberellic acid semakin kerap dijalankan setelah tamat Perang Dunia ke-2 di mana bahan dengan kandungan GA yang tinggi telah dihasilkan oleh Brian dan rakan-rakan pada tahun 1955. Kini, terdapat 125 jenis GA yang dikenalpasti dan kebanyakkan daripadanya dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuhan dan fungi. Spesis G.fujikori juga telah ditemukan menghasilkan sebanyak 15 jenis GA.

Sumber rujukan
Gibberellin signaling in plants
Gibberellins: History, Bioassay, Functions and Uses - Biology Discussion
Gibberellic acid in plant, still a mystery unresolved - NCBI
Understanding Plant Hormones - Untamed Science

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perkongsian Semula

Perkongsian Semula ke-2