Perkongsian Semula ke-2

Assalam dan selamat sejahtera,

Seperti semua sedia maklum, hari ni akan kongsi posting lain yang mana turut diciduk daripada Facebook  cikgu ya. Hahaha... semoga bermanfaat.


KONGSI ILMU : MOTION SICKNESS A.K.A MABUK KENDERAAN

Waktu budak-budak dulu aku mudah sangat dapat motion sickness atau mabuk bila naik kereta. Tapi makin tua ni Alhamdulillah kurang dah, tapi kadang tu dok rasa jugak. 😅

Apa sebenarnya buatkan kita dapat motion sickness atau mabuk ketika menaiki kenderaan ni? Hmmm....

Motion sickness atau dikenali sebagai mabuk atau mual-mual yang biasanya akan dirasai sesetengah orang ketika berada di dalam kenderaan yang sedang bergerak sama ada kereta, bas, kereta api dan juga kenderaan air seperti feri dan bot.

Ada juga akan mengalaminya jika membaca di dalam kenderaan, menaiki roller coaster dan juga menaiki kapal terbang

Biasanya individu yang mengalami motion sickness akan sentiasa mempunyai sensasi seperti ingin muntah dan juga mual-mual

Motion sickness terjadi disebabkan otak tidak dapat mentafsir secara jelas apa yang dialami oleh badan ketika di dalam kedaan yang telah diberitahu tadi.

Mata kita pada ketika itu akan menghantar isyarat ke otak bahawa kita sedang berada di dalam keadaan bergerak tetapi pada masa yang sama, organ yang mengawal keseimbangan badan yang berada di dalam bahagian dalam telinga kita iaitu semicircular canals akan menghantar isyarat sebaliknya yang badan berada di dalam keadaan statik atau tidak bergerak.

Kedua-dua isyarat ini akan diterima otak secara serentak dan berterusan. Oleh sebab perbezaan yang terimanya, otak kita mentafsirkan bahawa badan ketika itu mungkin mengalami delusional atau delusi yang juga berkemungkinan di sebabkan oleh racun yang hadir di dalam badan.

Akibat "kesalahan dan kecelaruan" tafsiran ini menyebabkan otak terus menghantar isyarat atau perasaan mual-mual supaya kita segera muntah untuk mengeluarkan racun yang mungkin telahdiambill oleh kita melalui makanan.

Motion sickness dari sudut lain boleh dilihat sebagai cara kita melindungi tubuh badan daripada bahaya iaitu racun atau bahan-bahan berbahaya lain yang mungkin diambil secara tidak sengaja.

Otak kita sangat peka terhadap perubahan yang dialami oleh badan kita, jadi sebarang perubahan atau berbezaan yang ketara akan terus merangsang tubuh untuk melakukan mekanisme perlindungan untuk tubuh badan.

#SyazaniKongsiIlmu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perkongsian Semula

Kesan Hormon Gibberellin (GA) kepada Pertumbuhan Pokok